Monday, October 31, 2011
renung2 kannnn..jgn smpai termenung ;)
salam~
JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURAAN
jika kamu memancing ikan...
setelah ikan itu terlekat pada mata kail
jangan lah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja..
kerana ia akan SAKIT oleh bisanya..
ketajaman mata kail kamu mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.....
begitulah juga...
setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN pd seseorang
setelah dia mula MENYAYANGI kamu..
hendak lah kamu MENJAGA hati dan perasaannya..
janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKAN dia begitu saja..
kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu
jika kamu MENADAH air..biarlah berpada
jangan terlalau berharap pada takungannya dan mengganggap ia begitu teguh
cukuplah sekadar KEPERLUANMU sahaja..
kerana apabila ia mula RETAK...sukar untuk kamu menampalnya & memperbaikinya semula..
dan bukannya dibuang terus begitu saja..
begitulah juga..
jika kamu sedang memiliki seseorang... TERIMALAH dia dengan seadanya..
janganlah kamu terlalu mengagumi dirinya & beranggapan dia terlalu istimewa
anggap lah dia manusia biasa..
kerana apabila dia melakukan KESILAPAN....tidak mudah kamu MEMAAFI drinya..
dan itu akan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan terus hingga ke akhir nanti
dan..
bukannya MENGHUKUM dirinya dan MENINGGALKAN dia begitu saja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya..
lalu semuanya akan TERHENTI begitu sahaja
jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT..
mengapa kamu berlengah lagi???cuba mencari makanan yang lain??
kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN..
kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu tidak boleh menikmatinya lagi...
dan kamu akan MENYESAL..
begitulah juga..
jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN...
yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN pada dri kamu..
MENYAYANGIMU...MENGASIHIMU...dan MENCINTAIMU...
mengapa kamu berlengah lagi??
terlalu mengejar KESEMPURNAAN...
kelak dia akan BERJAUH HATI.. dan kamu akan KEHILANGANNYA..apabila dia menjadi hak orang
kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi...kerana dia lah INSAN terbaik yang telah kamu temui sepanjang pencarian kamu...
oleh itu...janganlah kita mengejar KESEMPURNAAN..kerana ia bkn lah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna...kerana perlu lah beringat...bahawa diri kita juga belum cukup sempurna. sedangkan jika kita boleh MEMAAFKAN kesalahan org yang kita sayang..dan akur dengan KELEMAHAN dirinya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI...insyaallah kita akan BAHAGIA,BAHAGIA...dan terus BAHAGIA..dan setelah itu...barulah kita sedar...bahawa..itu lebih BERMAKNA dr terus mengejar KESEMPURNAAN.
1 komen (s)